PERINTAH IMAM SYAFIE AGAR MEMPERLAHANKAN SUARA KETIKA BERZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU

Image

Di dalam kitab Mausu’ah al-Imam asy-Syafie: al-Umm, jilid 1, ms. 355, Imam asy-Syafie berkata:

وأختارللامام والمأموم أن يذكرا الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكر إلا أن يكون إماما يحب إن يتعلم منه فيجهر حتى يرى أنه قد تعلم منه ثم يسر.

Pada pendapatku, imam dan makmum hendaklah berzikir selepas menunaikan solat. Mereka hendaklah memperlahankan bacaan zikir itu. Melainkan jika imam mahu mengajar (bacaan-bacaan itu kepada makmum). Ketika itu, bacaan zikir dikuatkan. Sehinggalah dilihat (oleh imam itu makmum mampu mempelajari zikir itu sepenuhnya). Selepas itu, hendaklah perlahankannya.

Terhadap perkataan Imam asy-Syafie di atas, Imam al-Nawawi mengulas di dalam kitabnya berjudul Syarh Shahih Muslim, jilid 5, ms. 84 dimana dia berkata:

حمل الشافعي رحمه الله تعالى هذا الحديث على أنه جهر وقتا يسيرا حتى يعلمهم صفة الذكر، لا أنهم جهروا دائما.

Imam asy-Syafie menafsiri hadith ini bahawa baginda mengeraskan suaranya dalam beberapa waktu sahaja, guna (untuk) mengajari sahabatnya cara berzikir, bukan bererti mereka senantiasa mengeraskan suaranya.

Ringkasnya:

1 – Hukum asal berzikir selepas solat ialah dengan suara yang perlahan. Qais bin ‘Abbad berkata:

كان أصحاب رسول الله يكرهون رفع الصوت عند ثلاث: عند القتال وفي الجنائز وفي الذكر.

Dahulu para sahabat Nabi tidak menyukai untuk mengeraskan suara pada tiga keadaan iaitu di saat berperang, menghadiri jenazah dan pada saat berzikir. – Riwayat Ibnu Abi Syaibah 6/143 (no. 30174), al-Baihaqi 4/74 dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 8/91.

Lebih lanjut berkenaan hadith-hadith yang melarang mengeraskan suara ketika berzikir, sila kaji nota saya ‘Hadith-Hadith Yang Melarang Mengeraskan Suara Ketika Berzikir’.

2 – Hendaklah zikir itu dilakukan secara individu (seorang-seorang, bukan serentak beramai-ramai). Antara bukti bahawa baginda tidak menjadikan amalan memimpin zikir berjamaah secara tetap adalah hadith berikut:

عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ, أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ الصُّبْحِ فَلَمَّا صَلَّى انْحَرَفَ.

Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, dari ayahnya bahawa dia pernah solat bersama Rasulullah dalam solat Subuh. Setelah selesai solatnya, baginda segera meninggalkan tempat solatnya. – Shahih Sunan an-Nasa’i, no. 1334.

3 – Boleh dikuatkan suara zikir apabila wujud keperluan untuk mengajarkannya kepada orang ramai (makmum).

4 – Dalam rangka mengajari makmum akan kaifiyyat (tatacara) zikir selepas solat, hendaklah dipastikan lafaz dan bilangan zikir yang diajarkan itu benar-benar berasal daripada sunnah Nabi yang sahih, bukan suatu yang direka-reka tanpa adanya sebarang dalil yang sahih.

MENJAWAB SYUBHAT (KESAMARAN)

Pihak yang membenarkan zikir secara berjemaah dan dilakukan dengan suara secara keras serta tetap melakukannya berhujah kepada dua hadith berikut:

عن ابن عباس رضي الله عنهما، أن رفع الصوت بالذكر حين ينصرف الناس من المكتوبة كان على عهد النبي صلى الله عليه وسلم. وقال ابن عباس :كنت أعلم إذا انصرفوا بذلك إذا سمعته.

Dari Ibnu ‘Abbas: Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir sewaktu manusia bersurai dari solat fardhu adalah berlaku pada zaman Rasulullah dan berkata Ibn Abbas: Aku mengetahui yang demikian apabila mereka pulang dan aku mendengarnya. – Hadis riwayat al-Bukhari (no. 841, 842) dan Muslim (no. 120, 121, 122, 583), al-Nasa’i (no. 1334) dan Abu Daud (no. 1003).

Dalam lafaz yang lain disebut:

كنا نعرف انقضاء الصلاة في عهد النبي عليه السلام برفع الصوت بالذكر.

Dahulu pada masa Nabi masih hidup, kami mengetahui bahawa solat telah selesai didirikan dari suara zikir yang keras.

Terhadap hadith di atas, Syeikh al-Albani menjelaskan:

Akan tetapi sebahagian ulama mengomentari dengan teliti maksud ucapan Ibnu ‘Abbas tersebut, mereka berkesimpulan bahawa kata كنا (kunnaa atau kami dahulu), mengandungi isyarat halus bahawa perkara ini tidaklah berlangsung secara terus-menerus.

Dalam kitab al-Umm, Imam asy-Syafie menjelaskan bahawa maksud Nabi mengeraskan bacaan zikir setelah solat adalah (semata-mata) untuk mengajarkan zikir itu kepada orang-orang yang belum boleh melafazkannya dan jika amalan tersebut dimaksudkan hanya untuk pengajaran sahaja maka biasanya tidak dilakukan secara terus-menerus.

Ini mengingatkanku akan perkataan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah tentang bolehnya imam mengeraskan suara pada bacaan solat padahal semestinya dibaca perlahan (seperti solat asar dan zuhur) dengan tujuan untuk mengajari orang-orang yang belum boleh (memahaminya). Ada sebuah hadith di dalam Shahihain (al-Bukhari dan Muslim) dari Abu Qatadah al-Anshari bahawa Nabi dahulu terkadang memperdengarkan kepada para sahabat bacaan al-Qur’an di dalam solat Zuhur dan Asar dan Umar juga melakukan sunnah ini. – Majmu’ah Fatawa al-Madinah al-Munawwarah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, ms. 37-38.

Saya (Mohd Hairi) berkata:

Ini menunjukkan tidak semua amalan yang ‘pernah’ baginda lakukan adalah suatu yang boleh diamalkan secara tetap. Ini sebagaimana perbuatan baginda dan Umar yang ‘pernah’ mengeraskan bacaan al-Qur’an dalam solat-solat Sir’iyyah (solat yang bacaannya diperlahankan) seumpama Zuhur dan Asar sebagaimana dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Tujuannya adalah untuk memberi pelajaran kepada makmum dan tujuan inilah yang menjadi illah hukum (sebab hukum) kepada amalan menjaharkan (mengeraskan) bacaan dalam kedua-dua solat berkenaan. Sedangkan telah dimaklumi bahawa hukum asal bagi kedua-dua solat tersebut ialah dibaca secara perlahan (sirr).

Demikianlah juga dengan zikir-zikir selepas solat fardhu. Hukum asalnya ialah dibaca secara perlahan dan dilakukan secara individu. Namun ia dibaca secara kuat (jahr) apabila wujud keperluan (illah hukum) untuk mengajari para makmum akan zikir-zikir selepas solat. Ini sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para Sahabatnya.

Wallahua’lam.

Oleh: Mohd Hairi Nonchi (Cikgu Arie)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Para Ulama Ahlul Hadits

Biografi Ahlul Hadits, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in beserta Keluarga Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Mari baca

Just another WordPress.com weblog

Mohd Riduan Khairi

Serulah manusia ke jalah Allah dengan hikmah dan bijaksana

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat

%d bloggers like this: