LARANGAN BERLEBIH-LEBIHAN DI DALAM MEMULIAKAN GOLONGAN AGAMAWAN / ORANG SHALIH

Salah satu faktor yang membawa kepada terlaknatnya kaum Ahl al-Kitab di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah kerana sikap mereka yang keterlaluan di dalam memuliakan orang-orang shalih di kalangan mereka.

Salah satu perbuatan yang menggambarkan sikap ghuluw (keterlaluan) mereka di dalam memuliakan orang-orang shalih di kalangan mereka ialah menjadikan kubur orang-orang shalih tersebut sebagai pusat beribadah. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:[1]

لَعَنَةُ اللهِ عَلَى الْيَهُوْدِ وَالنَّصَارَى، إِتَّخَذُوْا قُبُوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ.

Maksudnya:

Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka telah menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai tempat ibadah.

Dalam hadisnya yang lain disebut:[2]

أَلَاوَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوْا يَتَّخِذُوْنَ قُبُوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ، أَلَا فَلَا تَتَّخِذُوْا لْقُبُوْرَ مَسَاجِدَ، فَإِنِّيْ أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ.

Maksudnya:

Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur-kubur para nabi mereka sebagai tempat ibadah. Maka janganlah kamu menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah. Sesungguhnya aku melarang perbuatan itu.

Hal ini tidak jauh berbeza dengan sikap sebahagian golongan tareqat kesufian yang keterlaluan di dalam memuja dan memuliakan guru mereka sehingga yang demikian kita dapati kebanyakan golongan ini menjadikan kuburan para guru atau syeikh mereka sebagai lokasi beribadah seperti mengerjakan solat, bertabarru’ (mengambil berkat), membaca al-Qur’an dan sebagainya.

Diriwayatkan dalam Shahih al-Bukhari, no. 427 dan Shahih Muslim, no. 528 dari A’isyah radhiallahu’anha, dia berkata bahawa Ummu Salamah radhiallahu’anha bercerita kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah berserta gambar-gambar yang berada di dalam gereja tersebut. Mendengarkan yang demikian, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:[3]

أُوْلَئِكَ إِذَا مَاتَ فِيْهِمُ الرَّجُلُ الصَّالِحُ أَوْ الْعَبْدُ الصَّلِحُ بَنُوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا، وَصَوَّرُوْا فِيْهِ تِلْكَ الصَّوَرَ أُوْلَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللهِ.

Maksudnya:

Jika ada orang shalih – atau hamba shalih – di antara mereka yang meninggal dunia, mereka bangunkan di atas kuburnya tempat ibadah dan menggambar wujud orang shalih tersebut di dalamnya. Mereka itulah seburuk-buruk manusia di sisi Allah.

Kebimbangan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam terhadap tertimpanya fitnah seumpama ini kepada umatnya dapat dilihat menerusi doanya sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik seperti berikut:

أَللَّهُمَّ لَاتَجْعَلْ قِبْرِيْ وَثَنًا يُعْبَدُ، اِشْتَدَّ غَضَبُ اللهِ عَلَى قَوْمِ اتَّخَذُوْا قُبُوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ.

Maksudnya:

Ya Allah, janganlah engkau menjadikan kuburku sebagai berhala yang disembah. Alangkah murkanya Allah kepada orang yang menjadikan kubur-kubur orang shalih sebagai tempat ibadah.

Oleh sebab itu Islam amat melarang keras umatnya daripada berlebih-lebihan di dalam memuliakan siapa jua. Ini termasuklah kepada Nabi kita yang mulia, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana sabdanya:[4]

لاَ تُطْرُوْنِيْ كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، إِنَّمَا أَنَا عَبْدٌ، فَيَقُوْلُوْا: عَبْدُ اللهِ وَرَسُوْلُهُ.ٍ

Maksudnya:

Janganlah kamu memujiku dengan berlebih-lebihan seperti pujian orang Nasrani kepada Ibnu Maryam. Sesungguhnya aku adalah hamba. Oleh kerana itu, katakanlah: “(Muhammad) adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.”

Umar menuturkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:[5]

إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ الْغُلُوُّ.

Maksudnya:

Janganlah kamu bersikap berlebih-lebihan. Sesungguhnya faktor penyebab kehancuran umat-umat yang sebelum kamu adalah berlebih-lebihan.

Sementara Ibnu Mas’ud radhiallahu’anh meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:[6]

هَلَكَ الْمُتَنَطَّعُوْنَ.

Maksudnya:

Binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan (ghuluw). Nabi mengulangi perkataan ini sebanyak tiga kali.

Termasuk dalam perbuatan berlebih-lebihan di dalam memuliakan orang-orang shalih ialah mentaati apa jua yang diajarkan oleh mereka berhubung dengan ajaran agama tanpa merujuk kebenarannya di sisi al-Qur’an dan al-Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.

Sekali lagi Allah Subhanahu wa Ta’ala menegur sikap seumpama ini sebagaimana firman-Nya ketika mencela golongan Ahl al-Kitab yang keterlaluan di dalam mentaati ajaran para ulamak dan rahib mereka sehingga membelakang ajaran Allah dan Rasul-Nya:[7]

Maksudnya: Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah.

Nota kaki:

[1] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 190, 435 dan Muslim, no. 5229, 531.

[2] Hadis riwayat Muslim, no. 532.

[3] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 427 dan Muslim, no. 528.

[4] Hadis riwayat al-Bukhari, no. 3445.

[5] Hadis riwayat al-Nasa’i 5/218, Ibnu Majah, no.3029, Ahmad 1/215, Ibnu Khuzaimah, no. 2827, Ibnu Hibban, no. 3871 dan al-Hakim 1/466. Hadis ini adalah sahih.

[6] Hadis riwayat Muslim, no. 2670.

[7]  Surah at-Taubah, ayat 31. Catatan tambahan: Inilah realiti yang dapat kita saksikan ketika ini. Tidak sedikit kita temui di sana sini sebahagian umat Islam yang dilihat begitu fanatik terhadap ajaran para agamawan tertentu. Sehingga apabila berlaku pertembungan antara pandangan agamawan ini dengan ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, maka  yang diunggulkan adalah pandangan agamawan berkenaan, bukan al-Qur’an dan al-Sunnah. Semua ini tidak lain adalah disebabkan oleh sikap fanatik mereka di dalam mentaati dan mengunggulkan golongan agama.

Oleh: Mohd Hairi Nonchi (Cikgu Arie)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Para Ulama Ahlul Hadits

Biografi Ahlul Hadits, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in beserta Keluarga Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Mari baca

Just another WordPress.com weblog

Mohd Riduan Khairi

Serulah manusia ke jalah Allah dengan hikmah dan bijaksana

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat

%d bloggers like this: