ISTILAH-ISTILAH HADIS ( BAHAGIAN I )

_MG_0339

 Matan : adalah isi hadis ( teks ) yang berakhir dengan sanad.

Sanad : periwayat yang menyampaikan matan.

Isnad : rentetan sanad hingga kepada matan. Contohnya, daripada Muhammad Ibn Ibrahim, daripada ‘Alqamah Ibn Waqqash, daripada ‘Umar Ibn al-Khattab, bahawa Nabi SAW bersabda:

إٍنَّمَا اْلأَ عْمَالُ بِا النَّيَّا تِ

“ Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niat.”

Sabda Nabi SAW yang mengatakan ‘ Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung kepada niat ‘ disebut matan, sedangkan diri para periwayat itu disebut sanad, dan mengisahkan rentetan sanad disebut isnad.

Musnad : adalah hadis yang isnad-nya bersambung mulai dari permulaan hingga ke bahagian akhir dan ia turut digunakan ke atas kitab yang menghimpun hadis-hadis setiap periwayat secara tersendiri seperti kitab Musnad Imam Ahmad.

Musnid : adalah orang yang meriwayatkan hadis sekaligus dengan isnad-nya.

Al-Muhaddits : adalah orang yang pakar dalam hadis dan menekuninya secara riwayah dan secara dirayah ( pengetahuan ).

Al-Hafiz : adalah orang yang hafal seratus ribu hadis secara matan dan isnad.

Al-Hujjah : adalah orang yang menguasai tiga ratus ribu hadis.

Al-Hakim : adalah orang yang menguasai Sunnah dan tidak ada yang dikuasainya melainkan hanya sedikit.

PEMBAHAGIAN HADIS ( A )

Jalur riwayat hadis terbahagi kepada dua:

1. Hadis Mutawatir

Hadis yang memenuhi empat syarat berikut:

a. Diriwayatkan oleh sekumpulan orang yang ramai jumlahnya; terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan had minimum bagi bilangan yang ramai ni. Pendapat yang terpilih ialah sepuluh orang.

b. Menurut kebiasaan, mustahil untuk mereka bersepakat untuk melakukan pembohongan.

c. Mereka meriwayatkannya melalui orang yang sama kedudukannya mulai dari permulaan hingga ke akhir bahagian.

d. Hendaklah Musnad yang terakhir dalam para periwayat itu berstatus Hasan ( baik )

Hadis Mutawatir dapat memberikan ilmu pengetahuan yang Dharuri, atau dengan kata lain ilmu yang tidak dapat ditolak lagi kebenarannya. Antara contoh hadis Mutawatir ialah sabda Rasulullah SAW:

مَنْ كَذَّ بَ عَلَيَّ مُتَعَمَّ دًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّار

“ Barangsiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka hendaklah dia bersiap sedia menempah tempat duduknya di dalam neraka.”

Hadis ini telah diriwayatkan oleh lebih tujuh puluh orang Sahabat.

Hadis Mutawatir juga terbahagi kepada dua, iaitu:

a. Mutawatir al-Lafzi

b. Mutawatir al-Maknawi

2. Hadis Ahad

Hadis yang didalamnya terdapat kecacatan pada salah satu syarat mutawatir. Hadis Ahad terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a. Shahih

Syarat hadis Shahih ialah:

i. Orang yang meriwayatkan hadis itu bersifat adil.

ii. Memiliki dhabt ( hafalan ) yang sempurna.

iii. Sanadnya Muttasil ( bersambung dengan sanad berikutnya ).

iv. Tidak Mu’allal ( cacat ) dan tidak pula Syadz ( menyendiri ).

Istilah adil ( i ) yang dimaksudkan disini ialah adil riwayatnya, yakni seorang muslim yang telah akil baligh, bertaqwa, dan menjauhi semua dosa besar. Pengertian adil ini mencakupi lelaki, wanita, sama ada orang yang merdeka atau hamba sahaya.

Hadis Shahih terbahagi kepada dua:

1. Shahih lizatih

2. Shahih li ghairihi

Dhabth : hafalan

Dhabth terbahagi kepada dua, iaitu:

i. Dhabth Shadr

Bermaksud orang yang bersangkutan hafal semua hadis yang diriwayatkannya diluar kepala dengan baik.

ii. Dhabth Kitab

Bermaksud orang yang bersangkutan memelihara pokok hadis yang dia terima daripada gurunya dan tanpa mengalami sebarang perubahan.

Mu’allal : hadis yang dimasuki ‘illat ( cacat ) yang tersembunyi hingga perlu untuk diteliti dengan lebih mendalam lagi.

Syadz : hadis yang tsiqah ( orang yang dipercaya ) berbeza dengan orang yang lebih tsiqah daripadanya.

b. Hasan

Syarat hadis Hasan ialah:

i. Diriwayatkan oleh orang yang adil.

ii. Hafalannya kurang sempurna; berbeza dengan hadis Shahih.

iii. Sanadnya Muttasil ( bersambung dengan sanad berikutnya ).

iv. Tidak Mu’allal ( Kecacatan ).

v. Tidak Syadz ( Menyendiri ).

Jika hadis hasan ini kuat kerana disokong oleh satu jalur atau dua jalur riwayat yang lain, maka kedudukannya naik menjadi Shahih li ghairih.

Hadis hasan terbahagi kepada dua:

1. Hasan lizatih.

2. Hasan li ghairih.

c. Dha’if

Hadis yang dibawah peringkat hasan, kerana didalamnya terdapat kecacatan pada satu syarat hasan. Erti kata lain, hadis dha’if tidak mencapai syarat hadis hasan.

Jika sesuatu hadis dha’if itu disokong oleh jalur riwayat yang lain atau disokong oleh sanad yang lain, maka kedudukannya boleh naik menjadi hasan li ghairih.

Hadis Shahih dan hadis hasan boleh diterima, sedangkan hadis dha’if ditolak dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah kecuali dalam keutamaan beramal ( Kelebihan Amalan ), tetapi dengan syarat hadis itu tidak terlalu dha’if ( teruk ). Tujuannya adalah untuk mengambil sikap berhati-hati dalam beramal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Para Ulama Ahlul Hadits

Biografi Ahlul Hadits, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in beserta Keluarga Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Mari baca

Just another WordPress.com weblog

Mohd Riduan Khairi

Serulah manusia ke jalah Allah dengan hikmah dan bijaksana

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat

%d bloggers like this: