TAHIYYAH AL-MASJID

_MG_9823

 

 

عن أبي قتادة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

” إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلى ركعتين.”

( متفق عليه )

Daripada Abi Qatadah ( r.a ), beliau berkata: “ Rasulullah SAW bersabda:

‘ Jika seseorang di antara kamu memasuki masjid, maka hendaklah dia tidak terus duduk sebelum mengerjakan solat sunat dua rakaat.’

( Muttafaq ‘Alaih )

Dimakruhkan untuk terus duduk sebelum mengerjakannya, waktu perlaksanaannya adalah sebelum duduk atau sebelum memberi salam ( atau mengucapkan salam ) kepada seseorang. Apabila misalnya seseorang duduk sebelum melaksanakan solat tahiyat kerana lupa atau tidak tahu, dan waktu duduknya tidak terlalu lama, maka ia masih boleh bangkit semula lalu melaksanakan solat tahiyat tersebut.

 

 

Imam asy-Syafi’i berkata:

“ Tahiyyahal-masjid disyaratkan pada setiap waktu hingga waktu Khutbah solat Jumaat, sekalipun dia memasukinya secara berulang kali.”

Imam asy-Syafi’i mentafsirkan hadis yang melarang mengerjakan solat sunat sesudah Subuh hingga matahari terbit dan solat sunat sesudah Asar hingga terbenam hanya bagi solat sunat yang tidak mempunyai sebab terdahulu.

 

Imam Malik berkata :

“ Melakukan solat tahiyyah al-masjid dalam waktu-waktu yang dilarang hukumnya makruh dan melakukannya ketika khutbah sedang disampaikan adalah haram. Begitu pula ketika matahari sedang terbit atau sedang tenggelam.

Jika seseorang berulang kali memasuki masjid, maka memadai baginya mengerjakan solat tahiyyah al-masjid yang pertama apabila dia segera memasuki masjid, tetapi jika dia masuk semula ke masjid dalam masa yang lama, maka disunatkan baginya mengulangi semula solat tahiyyah al-masjid itu.”

 

Imam Abu Hanifah berkata:

“ Melakukan solat sunat tahiyyah al-masjid dalam waktu-waktu yang dilarang dan ketika khutbah sedang disampaikan hukumnya makruh. Solat tahiyyah al-masjid tidak boleh dilakukan secara berulang kali setiap kali seseorang memasuki masjid sebaliknya memadai baginya mengerjakan satu kali solat dalam satu hari.”

 

Imam Ahmad berkata:

“ Disunatkan mengerjakan solat tahiyyah al-masjid bagi setiap orang yang memasuki masjid namun tidak boleh dilakukan pada waktu yang dimakruhkan, iaitu sebelum dia duduk jika dalam keadaan bersuci, sekalipun dia memasukinyaa secara berulang kali. Akan tetapi, ia tidak boleh dilakukan ketika khatib telah memulakan khutbah, bukan pula masuk ke masjid untuk mengerjakan solat hari raya, dan bukan pula bagi yang bermukim di dalam masjid di mana dia keluar ke dalamnya secara berulang.”

 

 

PERBAHASAN ULAMA TENTANG ADAKAH WAKTU MENGERJAKANNYA TELAH BERAKHIR APABILA SESEORANG ITU TELAH DUDUK?

 

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berkata:

“ Waktunya tidak terlewatkan kerana seseorang terus duduk sebaik memasuki masjid, meskipun dia duduk dalam waktu yang lama walaupun duduk sebelum mengerjakannya itu dimakruhkan. Ini berlandaskan kepada hadis Jabir ( r.a ) yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

 

Imam Ahmad berkata:

“ Waktu solat tahiyyah al-masjid tidak terlewatkan kerana seseorang itu terus duduk sebaik memasuki masjid selagi waktunya tidak terlalu lama, tetapi waktu solat tahiyyah al-masjid menjadi terlewat apabila dia telah duduk dalam waktu yang lama.”

 

Imam asy-Syafi’i berkata:

“ Apabila duduk kerana lupa mengerjakan solat tahiyyah al-masjid, maka waktu solat tahiyyah al-masjid belum terlewat.”

Adapun orang yang hanya sekadar lalu di dalam masjid, maka tidak dianjurkan mengerjakan solat dua rakaat tahiyyah al-masjid disisi mazhab Maliki, tetapi menurut jumhur ulama dia tetap dianjurkan mengerjakannya.

 

سبل السلام

Kitab solat: Jilid 1, Bab masjid

الفقه الو اضح

Jilid 1: m/s 386-387

Leave a comment

Para Ulama Ahlul Hadits

Biografi Ahlul Hadits, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in beserta Keluarga Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Mari baca

Just another WordPress.com weblog

Mohd Riduan Khairi

Serulah manusia ke jalah Allah dengan hikmah dan bijaksana

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat