TAUBAT

_MG_1526

1. Allah SWT berfirman:

“ …Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

( Surah al-Nur: 31 )

2. Allah SWT berfirman:

“…Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya…”

( Surah Hud: 3)

3. Dan Allah SWT berfirman:

“ Hai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya.”

( Surah al-Tahrim: 8 )

4. Daripada Abu Hurairah ( r.a ), beliau berkata: “ Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“ Demi Allah, sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih tujuh puluh kali.”

( Diriwayatkan oleh al-Bukhari )

5. Daripada al-Aqharr ibn Yasar al-Muzani ( r.a ), beliau berkata: “ Rasulullah SAW bersabda:

“ Hai manusia, bertaubatlah kepada Allah dan pohonlah ampunan-Nya, kerana sesungguhnya aku bertaubat

( kepada-Nya ) dalam satu hari sebanyak seratus kali.”

( Diriwayatkan oleh Muslim )

6. Daripada Abu Hurairah ( r.a ), beliau berkata: “ Rasulullah SAW bersabda:

“ Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari tempat ia tenggelam maka Allah menerima taubatnya.”

( Diriwayatkan oleh Muslim )

Para ulama berkata:

“ Taubat itu wajib dilakukan dari setiap dosa. Jika perbuatan maksiat itu terjadi antara seorang manusia dengan Allah Ta’ala yang tidak ada kaitannya dengan hak manusia, maka taubat itu memiliki tiga syarat:

a. Meninggalkan perbuatan maksiat.

b. Menyesali di atas perbuatan maksiat yang telah dilakukan.

c. Bertekad untuk tidak mengulangi semula maksiat itu.

Jika salah satu daripada ketiga-tiga syarat tidak dipenuhi maka taubatnya tidak sah. Jika maksiat itu ada kaitannya dengan manusia, maka taubat itu ada empat, iaitu ketiga-tiga syarat di atas, kemudian ditambah lagi dengan satu syarat, iaitu;

Membebaskan diri daripada hak orang lain. Jika hak itu berupa harta atau sejenisnya maka wajib memulangkan semula harta itu kepadanya. Jika berupa tuduhan berzina atau sejenisnya maka dia mesti memberi kesempatan kepadanya untuk menghukumnya atau meminta maaf kepadanya.

Jika hak itu berupa mengumpat maka dia wajib meminta halal kepadanya terlebih dahulu.

Wajib bertaubat dari setiap dosa. Jika seseorang itu bertaubat hanya untuk sebahagian dosa sahaja maka taubatnya dikira sah menurut ulama untuk dosa yang dia bertaubat itu sahaja, dan dia masih lagi berkewajipan melakukan taubat untuk sebahagian dosa yang lain.

Riyadhus Solihin

Jilid 1

Bab 2 ( Taubat )

m/s 40-44

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Para Ulama Ahlul Hadits

Biografi Ahlul Hadits, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in beserta Keluarga Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Mari baca

Just another WordPress.com weblog

Mohd Riduan Khairi

Serulah manusia ke jalah Allah dengan hikmah dan bijaksana

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat

%d bloggers like this: