KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

7th Feb 2010 Isha

 

Daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar (r.a) bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“ Solat berjamaah lebih utama daripada solat seorang diri dengan perbezaan dua puluh tujuh darjat ( pahala ).”

( Kesahihan hadis ini disepakati oleh ulama hadis )

Al-Bukhari dan Muslim dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah

(r.a) menyebutkan dua puluh lima bahagian. Al-Bukhari dalam riwayat yang lain daripada Abu Sa’id menyebutkan darjat ( pahala ).

Daripada Abu Hurairah (r.a), bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“ Solat seseorang yang dilakukan secara berjemaah melebihi solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar sebanyak dua puluh lima kali ganda. Ini disebabkan apabila seseorang itu berwuduk dengan sempurna, lalu pergi ke masjid dan kepergiannya tidak bertujuan selain untuk mengejakan solat, maka setiap kakinya melangkah akan menaikkan satu darjat dan menggugurkan satu kesalahan dosa. Jika orang itu mengerjakan solat, maka para malaikat sentiasa memohonkan rahmat untuknya selama masih berada di tempat solat itu dan selagi belum berhadas. Doa para malaikat itu: ‘ Ya Allah! Limpahkanlah selawat ke atasnya. Ya Allah! Cucurilah rahmat ke atasnya’, dan orang itu tetap dianggap dalam keadaan mengerjakan solat selagi menunggu tibanya waktu solat.”

( Kesahihan hadis ini disepakati oleh ulama hadis. Ia ditulis menggunakan lafaz al-Bukhari )

Mengerjakan solat berjamaah di dalam masjid sememangnya disyariatkan, kerana banyak mengandung hikmah dan keistimewaan antara lain adalah pahala kian bertambah selaras dengan banyakknya kaki melangkah menuju masjid, terlebih-lebih lagi pada waktu kegelapan malam. Dalam hadis yang lain disebutkan seperti berikut:

“ Sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berjalan di kegelapan malam menuju ke masjid-masjid bahawa mereka akan memperoleh cahaya yang sempurna kelak pada hari kiamat.”

Di dalam berjamaah wujudlah keharmonian di antara kaum muslimin, hati mereka bersatu pada dalam naungan ibadah yang paling mulia. Di dalamnya orang yang besar berdiri sejajar dengan orang yang kecil, dan orang yang kaya berdiri sejajar dengan orang miskin. Kepala mereka berdiri sejajar sebagaimana telapak kaki pun sejajar di dalam saf dan mereka mempelajari agama berdasarkan praktikal amali. Selain itu, solat berjamaah mengandungi makna persatuan, latihan menyelesaikan satu tugasan secara gotong royong serta melatih disiplin di bawah pimpinan seorang ketua ( imam ).

Rujukan: Subul as-Salam: Jilid 1, Bab Solat berjamaah dan imam solat, m/s 551

                 Fiqh As-Sunnah: Jilid 2, Bab Solat berjamaah, m/s 1

    

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Para Ulama Ahlul Hadits

Biografi Ahlul Hadits, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in beserta Keluarga Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Mari baca

Just another WordPress.com weblog

Mohd Riduan Khairi

Serulah manusia ke jalah Allah dengan hikmah dan bijaksana

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat

%d bloggers like this: