LARANGAN MELAKUKAN SEGALA BENTUK PERBUATAN BID’AH DAN PERKARA-PERKARA YANG BARU

IMG_6832_3_4_tonemapped

PENGERTIAN BID’AH

Bahasa

Setiap benda yang dicipta tanpa ada yang sepertinya pada waktu sebelumnya, iaitu pada masa yang telah lalu.

Syara’

Pembaharuan yang dilakukan yang bertentangan dengan perintah syara’.

KETERANGAN

1. Islam adalah Ittiba’ ( mengikuti ) bukan Ibtida’ (memperbaharui)

Daripada ‘Aisyah (r.a), katanya: “ Rasulullah SAW bersabda:

“ Barangsiapa yang mengadakan pembaharuan dalam urusan ( agama ) kami ini sesuatu yang tidak termasuk dari bahagiannya, maka ia adalah ditolak.”

( Muttafaq ‘Alaih )

Dalam satu riwayat oleh Imam Muslim:

“ Barangsiapa melakukan satu amalan yang agama kami tidak menjadi landasannya, maka ia ditolak ( tidak diterima).”

Dari Jabir (r.a), beliau berkata: “ Ketika Rasulullah SAW berkhutbah, beliau bersabda:

“ Sesungguhnya sebaik-baik perkatan adalah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Dan seburuk-buruk perkara adalah perkara-perkara yang baru dan setiap yang bid’ah adalah sesat.”

( Diriwayatkan oleh Muslim )

Dalam riwayat al-Baihaqi ada terdapat tambahan:

“ Dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”

Daripada Abu Najih Al-‘Irbadh bin Sariyah (r.a), katanya:

“ Rasulullah SAW telah menasihati kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati-hati kami dan menggugurkan air mata kami. Kami pun berkata kepadanya: ‘ Ya Rasulullah, seolah-olah ianya nasihat ucapan selamat tinggal, maka wasiatilah kami.’ Baginda SAW bersabda: “ Aku berwasiat kepadamu agar bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa jalla, hendaklah mendengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba, kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup diantaramu selepasku, maka ia akan mengalami banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah ia dengan gigi geraham, awasilah kamu akan pembuat perkara-perkara yang baru, kerana sesungguhnya setiap bid’ah itu sesat.”

( Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmizi dan beliau berkata: “ Hadis ini Hasan Shahih.” )

Rasulullah SAW telah memelihara Islam dan melarang umatnya daripada melakukan sebarang pembaharuan di dalam agama melalui beberapa hadis seperti di atas.

Al-Qur’an telah menegaskan bahawa kejayaan dan keselamatan adalah dengan mengikuti petunjuk Rasulullah SAW tanpa sebarang penambahan dan perubahan, sebagaimana Allah SWT berfirman, maksudnya:

“ Katakanlah ( Wahai Muhammad ): “ Sekiranya kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan sentiasa mencintaimu.”

( Surah ali-‘Imran: 31 )

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“ Dan bahawa ( yang Kami perintahkan ) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; janganlah kamu mengikuti jalan-jalan ( yang lain ), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.”

( Surah Al-An’am: 153 )

Justeru itu, Islam sebenarnya telah datang secara sempurna sehingga tidak perlu lagi di tambah ( pembaharuan ) atau dikurangi.

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“ …. Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu…”

( Surah al-Ma’idah : 3 )

Daripada Ibn Mas’ud ( r.a ), bahawa Nabi SAW telah memberi peringatan kepada orang-orang yang mengada-adakan di dalam urusan agama. Rasulullah SAW bersabda:

“ Mengikutlah dan jangan mengada-ada. Sungguh telah dicukupkan padamu.”

( Diriwayatkan oleh Ibnu Majah )

2. Amalan-amalan yang tertolak

Hadis daripada ‘Aisyah ( r.a ) di atas merupakan satu nash yang jelas bahawa setiap amalan yang bukan berasal daripada syara’, ianya tertolak. Dari makna hadis ini ia menunjukkan amalan-amalan yang dilakukan adalah terikat dengan hukum hakam syariat.

Manakala setiap amalan yang tidak bersumber daripada syara’ adalah dikategorikan sebagai ضلاله iaitu sesat, kerana jauh daripada kebenaran. Hal ini kerana, setiap yang haq adalah didatangkan oleh syara’.

Oleh itu, apa sahaja ibadat yang terkeluar daripada hukum Allah SWT dan Rasul-Nya SAW secara keseluruhannya, maka ia adalah tertolak dan dikembalikan kepada si pelakunya. Allah SWT berfirman, maksudnya:

“ Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?”

( Surah Asy-Syura: 21 )

Sebagai contoh iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan menari-nari sambil melafazkan kalimah-kalimah dzikir, menganggap syair sebagai selawat kepada Nabi SAW atau apa sahaja yang menyerupai demikian dari perkara-perkara yang diada-adakan oleh manusia.

Mereka itu adalah orang-orang yang dibutakan oleh Allah SWT akan penglihatan dari mengikuti jalan yang benar lalu mengikuti jalan-jalan syaitan. Namun mereka mendakwa bahawa mereka bertaqarrub ( mendekatkan diri ) kepada Allah SWT dengan perkara-perkara yang mereka ada-adakan dengan fikiran-fikiran dan kesesatan mereka.

Kedudukan mereka di dalam kebatilan ini adalah seumpama orang-orang Arab musyrikin yang telah mengadakan pembaharuan di dalam ibadat dan taqarrub kepada Allah SWT dengan cara yang tidak diturunkan oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“ Dan tidaklah mereka di sekitar Baitullah itu, hanyalah siulan dan tepukan tangan.”

( Surah Al-Anfal: 35 )

Amalan-amalan shalih mestilah tertegak di atas syariat dan bukan sebaliknya. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim mengetahui bahawa setiap amalan yang bukan berpunca daripada syariat Allah SWT adalah batil dan tertolak.

3. Amaran terhadap Bid’ah

Telah diriwayatkan tentang amaran terhadap pembaharuan yakni seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada ‘Aisyah (r.a):

“ Barangsiapa yang mengadakan pembaharuan dalam urusan ( agama ) kami ini sesuatu yang tidak termasuk dari bahagiannya, maka ia adalah ditolak.”

Hadis ini merupakan usul yang penting di dalam agama, setiap orang yang melakukan pembaharuan dan menisbahkannya kepada agama sedangkan usulnya tiada dalam agama maka ia suatu bid’ah yang sesat dan agama bebas daripadanya. Amalannya tertolak dan sesungguhnya seseorang itu berhak menerima ancaman yang telah dikhabarkan mengenainya iaitu:

“ Dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”

( Diriwayatkan oleh al-Baihaqi )

Harus difahami bahawa setiap larangan dan cegahan itu akan membawa kepada kerosakan jika dilakukan, maka ia akan mendatangkan kemudharatan kepada individu dan masyarakat.

والله أعلم

Sumber:

1. Al-Fiqh Al-Wadhih: Jilid 1, m/s 33-35

2. Riyadh Ash-Sholihin: Bab 18, m/s 202-204

3. Al-Wafi Fi Syarh Al-Arba’in An-Nabawiyyah: Hadis No.5 m/s 37| Hadis No. 28 m/s 371.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Para Ulama Ahlul Hadits

Biografi Ahlul Hadits, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in beserta Keluarga Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Mari baca

Just another WordPress.com weblog

Mohd Riduan Khairi

Serulah manusia ke jalah Allah dengan hikmah dan bijaksana

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat

%d bloggers like this: