HALAL DAN HARAM ADALAH PERKARA YANG JELAS, DAN DI ANTARA KEDUANYA ADA YANG SYUBHAH ( SAMAR ).

IMG_0066

 

Al Imam An-Nawawi rahimahullah telah berkata:

Bagi semua perkara itu mengandungi tiga bahagian, iaitu:

1. Halal itu jelas dan nyata, tidak tersembunyi akan kehalalannya, seperti kehalalan memakan roti, berkata-kata, berjalan-jalan dan selainnya.

2. Haram itu juga jelas dan nyata, seperti meminum arak dan berzina dan seumpama dengannya.

3. Adapun Syubhah ( mutasyabihah ), ialah sesuatu yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya. Oleh sebab itu, ramai orang tidak mengetahuinya. Adapun sebaliknya ‘alim ulama mengetahui hukumnya adalah bersandarkan nash dan qiyas. Jika sesuatu perkara itu tidak di ketahui akan hukumnya atau terjadi keraguan pada hukumnya sama ada halal atau haram, justeru tidak ada nash menetapkannya dan tidak ada juga ijma’, maka para mujtahid telah berijtihad untuknya. Dengan ijtihad, mereka menashkan atau mengeluarkan hukum untuk salah satu dari keduanya dengan menyatakan dalil-dalil yang berkaitan dengannya.

JENIS-JENIS SYUBHAH

Perkara-perkara syubhah ini terbahagi kepada beberapa jenis. Ibnu al-Mundzir telah membahagi-bahagikannya kepada tiga bahagian, iaitu:

1. Sesuatu yang sememangnya diketahui akan keharamannya oleh seseorang, kemudian dia ragu-ragu ( syak ) tentangnya adakah ia tetap kekal dengan kehalalannya atau tidak? Justeru itu, tidak halal baginya melakukan atau mengambil tindakan ke atas sesuatu itu melainkan ia benar-benar yakin akan kehalalannya.

Contohnya: seperti dua ekor kambing, salah seekor dari kedua-dua kambing itu telah disembelih oleh penyembah berhala lalu dia ragu-ragu ( syak ) kambing yang mana satukah yang telah disembelih oleh si penyembah berhala tersebut.

2. Sesuatu perkara itu halal tetapi ragu-ragu ( syak ) akan keharamannya, seumpama seorang isteri yang ragu-ragu sama ada ia telah di thalaq ( telah gugur ke atasnya ) atau belum. Begitu juga dengan orang yang berwuduk, kemudian dia ragu-ragu sama ada dia masih berwuduk atau telah terbatal wuduknya. Jika ia yakin masih ada wuduk, maka hukum ke atasnya adalah ia masih berwuduk, hal ini kerana keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan.

3. Dan sesuatu yang sama-sama diragui akan keharamannya atau kehalalannya, maka yang lebih utama ialah meninggalkan yang diragui itu. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW, sabdanya:

“ Sesungguhnya aku telah pulang menemui isteriku lalu aku mendapati sebiji tamar di atas tempat tidurku kemudian aku mengambilnya untuk memakannya, namun aku takut seandainya itu dari sedekah, lantas aku mencampakkannya.”

( Diriwayatkan oleh Muttafaq ‘Alaih )

KATA-KATA PARA ULAMA TENTANG SYUBHAH

1. Abu Ad-Darda’ ( r.a ) telah berkata:

“ Ketaqwaaan yang sempurna ialah di mana seorang hamba itu takut kepada Allah sehinggakan dalam perkara-perkara yang sebesar zarrah sekalipun, termasuk meninggalkan sebahagian perkara yang pada pendapatnya halal kerana takut terjerumus kepada hal yang haram.”

2. Al-Hasan Al-Bashri Rahimahullah berkata:

“ Ketaqwaaan itu akan terus berkekalan pada orang-orang yang muttaqin sehingga mereka meninggalkan banyak benda-benda yang halal kerana takut ianya haram.”

3. Ats-Thauri Rahimahullah berkata:

“ Adapun sesungguhnya ketinggian orang-orang yang muttaqin ini adalah mereka meninggalkan barang apa yang tidak ditakuti

( akan keharamannya ).”

4. Berkata Sufyan bin Uyainah:

“ Seorang hamba itu tidak berjaya memperolehi hakikat iman hinggalah beliau meletakkan di antaranya dengan benda yang haram suatu dinding dari benda yang halal dan sehinggalah beliau meninggalkan dosa dan barang apa yang menyerupainya.”

MENINGGALKAN PERKARA YANG MENGANDUNGI SYUBHAH

Daripada Abu Muhammadd Al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Thalib, anak kepada cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya (r.anhuma) katanya: “ Aku telah menghafal dari Rasulullah SAW:

” Tinggalkanlah perkara yang membuatmu syak kepada perkara yang tidak membuatmu syak.”

( Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan An-Nasa’i. At-Tirmizi berkata: “ Hadis ini Hasan Shahih.” )

Ibnu Hajar al-Haithami berkata:

“ Hadis ini adalah satu kaedah yang besar dari kaedah-kaedah agama da nasal wara’ yang merupakan tiang seri para muttaqin dan penyelamat dari kezaliman syak wasangka dan waham yang menghalangi cahaya yakin.”

Meninggalkan perkara-perkara syubhah akan mendorong seseorang Muslim ke arah sifat wara’, ianya satu manfaat di dunia dan di akhirat. Di dalam satu riwayat Imam Bukhari dan Muslim, daripada ‘Abdullah bin An-Nu’man bin Basyir

(r.anhuma ) bahawa Nabi SAW bersabda:

“…. Maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah menjaga agama dan kehormatannya, dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhah, maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram….”

Bahawasannya kehalalan yang diyakini itu tidak akan terhasil untuk seorang mukmin yang ada syak dan ragu di dalam hatinya. Seseorang itu akan merasa tenang jiwanya dan memperolehi kebahagiaan setelah terhasil keyakinan tersebut dan lenyaplah segala keraguan dan syak wasangkanya. Sekiranya seseorang itu tetap terlibat di dalam perkara-perkara yang mengandungi syubhah lalu menjadi kebiasaan di dalam hidupnya, ditakuti lama-kelamaan ia akan terjerumus ke dalam perlakuan haram. Wallahu A’lam.

Oleh itu, hendaklah setiap Muslim melakukan perbuatan yang halal dan menjauhkan yang haram juga meninggalkan perkara-perkara syubhah dan berjaga-jaga demi untuk agama dan maruah serta tidak melakukan sesuatu yang menyebabkan terhasilnya sangkaan buruk justeru terjatuh ke dalam perkara-perkara yang telah diberi amaran akan bahayanya.

Rasulullah SAW bersabda:

“ Sesungguhnya kebenaran tu membawa ketenangan dan dusta itu membawa keraguan.”

( Diriwayatkan oleh at-Tirmizi )

Yang halal, haq dan kebenaran adalah sumber ketenangan dan redha. Manakala yang haram, batil dan dusta pula membawa keraguan, keluh kesah dan kekalutan.

والله أعلم

Sumber:

Al-Wafi, Fi Syarh Al-Arba’in An-Nabawiyyah

Hadis 6, m/s 47

  Hadis 11, m/s 137

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Para Ulama Ahlul Hadits

Biografi Ahlul Hadits, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in beserta Keluarga Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Mari baca

Just another WordPress.com weblog

Mohd Riduan Khairi

Serulah manusia ke jalah Allah dengan hikmah dan bijaksana

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat

%d bloggers like this: