WAJIB MEMAHAMI DALIL SEBAGAIMANA YANG DIFAHAMI OLEH SALAFUS SHALIH

IMG_8933

 

Golongan Salafus Shalih adalah golongan yang telah dijelaskan tentang kesucian diri mereka oleh berbagai-bagai dalil dan keperluan mengikut jalan yang dilalui mereka.

Allah SWT berfirman, maksudnya:

“ Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama ( masuk Islam ) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.”

( Surah at-Taubah: 100 )

 

Daripada Ibnu Mas’ud ( r.a ), Nabi SAW bersabda:

“ Sebaik-baik manusia adalah yang berada pada kurunku kemudian yang mengikuti mereka kemudian yang mengikuti mereka.”

( Diriwayatkan oleh Bukhari: 6429 & Muslim: 2535 )

 

Menurut Ibnu Abi Zaid al-Qairawani, apa saja yang ditakwilkan oleh generasi salaf hendaklah kita takwilkan dan apa saj yang diamalkan oleh mereka hendaklah kita amalkan. Begitu juga dengan apa saja yang ditinggalkan oleh mereka, hendaklah kita tinggalkan. Kita juga hendaklah menahan diri daripada apa yang mereka tahan diri dan mengikuti apa saja hadis yang mereka jelas, istinbat dan riwayatkan. Kita juga sama sekali tidak boleh keluar daripada Jamaah mereka dalam perkara yang mereka perselisih atau takwilkan. Ke semua yang disebutkan di atas adalah ungkapan ahli al-Sunnah dan tokoh-tokoh terkemuka umat Islam dalam lapangan fiqh dan hadis.

( al-Jami’: m/s 117 )

 

Menurut al-Sam’ani, syiar ahli al-Sunnah ialah mengikut jejak langkah salafus shalih. Mereka meninggalkan setiap ahli bid’ah dan orang-orang yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan agama.

( Sawn al-mantiq: m/s 158 )

 

Menurut al-Asfahani pula, bukan dikatakan ilmu itu dengan memperbanyakkan riwayat. Sebaliknya yang dikatakan ilmu itu ialah mengikut jejak-jejak langkah para sahabat dan tabi’in sekalipun orang yang mengikut mereka itu sedikit ilmunya. Sesiapa yang menyanggahi para sahabat dan tabi’in, mereka adalah orang yang sesat sekalipun seseorang itu memiliki ilmu yang banyak.

( Bayan al-Hujjah: 2/437 & 440 )

 

Manakala Ibnu Rajab al-Hanbali menegaskan, ilmu yang bermanfaat daripada segala ilmu ialah menghafaz al-Kitab ( al-Quran ) dan al-Sunnah. Memahami makna serta berpegang dengan mathur daripada para sahabat, tabi’in dan generasi dalam memahami makna al-Qur’an dan al-Sunnah tersebut. Begitu juga dengan perbicaraan yang diperolehi daripada mereka berkaitan dengan persoalan halal, haram, zuhud, perkara-perkara yang melembutkan hati, ma’rifah dan lain-lain.

( Fadl Ilmi al-Salafi Ala Ilmi al-Khalafi: m/s 72 )

Para Ulama Ahlul Hadits

Biografi Ahlul Hadits, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in beserta Keluarga Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Mari baca

Just another WordPress.com weblog

Mohd Riduan Khairi

Serulah manusia ke jalah Allah dengan hikmah dan bijaksana

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat