BEKERJA UNTUK DUNIA

Petani

اعمل لدنياك كأنك تعيش أبدا، واعمل لآخرتك كأنك تموت غدا

“ Bekerjalah untuk duniamu seolah-oleh kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esoknya.”

KETERANGAN

Syaikh al-Albani Rahimahullah di dalam Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al- Maudhua’h berkata:

“ Tidak ada asal usul bagi hadis ini bahawa ia daripada Rasulullah SAW, walaupun ia masyhur dikalangan manusia pada zaman ini.”

Secara umumnya, isi kandungan hadis ini adalah benar. Apa yang ingin disampaikan ialah supaya kita tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan urusan kerja dunia. Begitu juga kita memperbanyakkan ibadah dan amal sebagai bekalan di akhirat seolahh-olah kita mati pada esok hari. Jadi,ia menganjurkan kehidupan yang seimbang di antara dunia dan akhirat. Bekerja di dunia tanpa melupakan urusan akhirat.

Walaupun isi kandungan hadis palsu ini betul dan baik, tetapi ia tetap salah apabila disandarkan kepada Rasulullah SAW. Jika ini dilakukan, ia juga termasuk ke dalam perbuatan melakukan pendustaan kepada Nabi SAW, kerana menyandarkan sesuatu ucapan yang tidak pernah Baginda ucapkan atau dilakukan olehnya.

Konsep yang perlu kita ingat ialah setiap apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW itu semestinya benar, tetapi bukanlah setiap yang benar itu diucapkan oleh Baginda. Contoh yang mudah, kita mengatakan Kuala Lumpur terletak di Negara Malaysia. Ini memang benar, tetapi ia tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah SAW.

Sebagai penutup, hayatilah firman Allah SWT ini:

“ Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia sudah sediakan daripada amal-amalnya untuk hari esok ( hari qiamat ). Dan ( sekali lagi diingatkan ) bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya akan segala yang kamu kerjakan.”

( Surah al-Hasyr: 18 )

HADIS 23

Image

 Bekerja Untuk Dunia

 

ا عمل لدنيا كأنك تعيش أبدا، واعمل لآ خرتك كأنك تموت غدا

 

“ Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esoknya.”

 

 

ULASAN

 

  • Al-Albani berkata dalam Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al-Maudhua’h berkata:

 

“ Tidak ada usul bagi hadis ini bahawa ia daripada Rasulullah SAW, walaupun ianya mashyur dikalangan manusia pada zaman ini.”

 

Secara umum kandungan hadis ini adalah benar. Apa yang ingin disampaikan ialah supaya kita tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan urusan kerja di dunia. Begitu juga kita memperbanyakkan ibadah dan amal sebagai bekalan di akhirat seolah-olah kita akan mati pada esok hari. Jadi, ia menganjurkan kehidupan yang seimbang di antara dunia dan akhirat. Bekerja di dunia tanpa melupakan urusan akhirat.

Walaupun isi kandungan hadis palsu ini betul dan baik, tetapi ia tetap salah apabila disandarkan kepada Rasulullah SAW. Jika ini dilakukan, ia juga termasuk di dalam perbuatan melakukan pendustaan kepada Nabi Muhammad SAW, kerana kita menisbahkan kepada beliau suatu yang tidak diucapkan atau dilakukan olehnya. Setiap yang diucapkan oleh Rasulullah SAW itu semestinya benar, tetapi tidaklah sesuatu yang benar itu, di ucapkan oleh Rasulullah SAW.

HADIS 21

CINTAKAN NEGARA

 

حب الوطن الاءيمان

“ Cintakan Negara adalah sebahagian daripada iman.”

 

 

ULASAN

 

  • Ibnu al-Jauzi dalm kitabnya al-Maudhua’t menukilkan pendapat as-Shaghani yang berkata hadis ini adalah palsu.

 

  • Mulla al-Qari dalam al-Masnu’ fi Ma’rifat Hadith al-Maudhu’ menyatakan hadis ini tidak ada asal usulnya di sisi para ulama hadis.

HADIS 20

Image

 YASIN HATI AL-QURAN

 

“ Sesungguhnya bagi setiap suatu itu mempunyai hati dan hati al-quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin akan dicatatkan oleh Allah baginya dengan bacaan tersebut seperti membaca al-quran sebanyak sepuluh kali.”

 

Hadis ini disampaikan oleh at-Tirmizi dalam al-Jami’ daripada Anas bin Malik. Rangkaian sanad keseluruhannya ialah:

Tirmizi menceritakan kepada kami iaiut Qutaibah dan sufian bin Waki’, mereka berkata Humaid bin Abd al-Rahman al-Ruasi menceritakan kepada kami,daripada al-Hasan ibn Saleh, daripada Harun Abu Muhammad, daripada Muqatil bin Hayyan, daripada Qatadah, daripada Anas. Kemudian Tirmizi berkata:

“ Terdapat keraguan pada hadis ini. Kami tidak mengetahuinya melainkan daripada Humaid bin Abd al-Rahman dan tidak diketahui hadis ini daripada Qatadah di Basrah kecuali melalui sumber ini, dan Harun Abu Muhammad adalah seorang yang majhul ( tidak diketahui latar belakangnya ).”

 

 

ULASAN

 

  • Ibnu Abi Hatim di dalam Ilal al-Hadithmenyebut beliau pernah bertanya ayahnya tentang hadis Anas ini, maka ayahnya berkata:

“ Muqatil tersebut adalah Muqatil bin Sulaiman. Aku sudah melihat hadis ini pada awal kitab yang direka oleh Muqatil bin Sulaiman dan ini adalah hadis yang batil dan tidak ada asal sumbernya.”

  • Menurut az-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal, Muqatil dalam sanad hadis bukanlah Ibnu Hayyan, tetapi sebenarnya Muqatil  bin Sulaiman. Ini juga seperti dinyatakan oleh Abu Hatim. Berdasarkan sanad, hadis ini adalah palsu kerana menurut Waki’, Muqatil bin Sulaiman adalah seorang pendusta.
  • Ibn al-‘Arabi di dalam A’ridhat al-Ahwazi menyatakan:

“ Hadisnya Dha’if ( yakni tentang surah Yaasin ) dan tidak diterima. Bagi kebanyakkan orang, mereka mempunyai pelbagai pandangan, riwayat dan huraiannya, dan semua itu tidak ada asal sumbernya. Abu Daud juga sudah melaporkan hadis ‘ Bacalah Yaasin ke atas mereka yang hampir mati ‘ dan ia tidak sahih.”

  • Al-Albani dalam Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al- Maudhua’h menyatakan hadis ini palsu.

Bagi mereka yang berkemampuan dan inginkan penjelasan yang lebih mendalam, sila rujuk kitab Hadith: Qalbu al-Quran Yasin fi al-Mizan wa jumlat mimma ruwiya fi fadhliha terbitan Maktabah al-Tarbiyah al-Islamiyah, Mesir. Karangan Muhammad ‘Amru bin Abd Latif.

HADIS 19

 

 

 

 

Menghidupkan Malam Israk Mikraj

 

Menghidupkan malam ke-27 Rejab dan dinamakan dengan malam Israk dan Mikraj. Semua hadis yang menyebut secara khusus bahawa peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab dan hadis yang menyebutkan tentang kelebihan menghidupkan malam ini adalah tidak sahih. Ianya sama ada berada di tahap dhaif ataupun maudhu’.

 

 

ULASAN

 

Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz atau dikenali dengan nama Ibn Baz dalam kitab  al-Tahzir min al-Bida’ berkata:

“ Dan malam ini yang dikatakan berlaku padanya peristiwa Israk dan Mikraj, tidak ada satu hadis sahih pun yang menyebut tentang tarikh peristiwa ini secara khusus. Menurut para ulama hadis, semua pendapat yang menyebut tentang tarikh berlakunya peristiwa ini secara khusus adalah tidak benar daripada Rasulullah SAW dan kepada Allah jualah diserahkan segala hikmah di sebalik kerahsiaan ini kepada manusia. Jika sekiranya terdapat hadis sahih yang menjelaskan tentang perkara ini, tetap juga tidak dibenarkan umat islam menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus serta tidak harus menghidupkannya dengan sebarang perayaan kerana Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah merayakannya dan tidak melakukan sebarang amalan khusus.

Sekiranya amalan menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini disyariatkan, semestinya Rasulullah SAW akan menunjukkan panduannya sama ada dengan kata-kata atau perbuatan. Sekiranya amalan ini pernah dilakukan oleh beliau, semestinya akan diketahui dan popular serta akan disampaikan oleh para sahabat kepada kita.”

HADIS 18

من عرف نفسه فقد عرف ربه

 

“ Sesiapa yang kenal dirinya, maka dia mengenali Tuhannya.”

 

 

ULASAN

 

Ramai ulama hadis memberi ulasan tentang kedudukan hadis ini berdasarkan kajian yang sudah dilakukan. Pendapat para ulama ini direkodkan oleh Syeikh Ali al-Qari dalam kitab al-Masnu’ fi Ma’rifat al-Hadith al-Maudhu’, al-Jarrahi dalam kitab Kashf al-Khafa’ dan al-Albani dalam Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al-Maudhuat. Antaranya yang dicatatkan ialah:

  • Ibnu Taimiyah menyatakan hadis ini adalah palsu
  • Imam an-Nawawi menyatakan hadis ini tidak thabit iaitu tidak pasti daripada perkataan Rasulullah SAW
  • Syiekh Abu al-Muzaffar al-San’ani menyatakan ia bukan daripada Rasulullah SAW.
  • Imam as-suyuti berkata hadis ini tidak sahih.
  • Al-Fairuz Abadi menyatakan ia bukan daripada hadis Nabi Muhammad SAW namun ia sebenarnya di ambil daripada Israiliyyat
  • Al-Albani memasukkan hadis ini dalam senarai hadis palsu dalam kitabnya Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al-Maudhuat.

HADIS 15

Image

 Syurga di bawah Tapak Kaki Ibu

 

الجنة تحت أقدام الأمهات

 

“ Syurga itu di bawah tapak kaki para ibu.”

 

ULASAN

 

  • Ibnu Taimiyah berkata:

“ Lafaz hadis ini tidak ada bukti daripada Rasulullah SAW, tetapi maknanya menunjukkan sifat hormat dan rendah diri kepada para ibu boleh menjadi sebab untuk masuk syurga. Pendapat Ibnu Taimiyah ini dicatatkan oleh Al-Albani dalam kitabnya Silsilah Ahadith Dhaifah wa al-Maudhua’h.”

  • Az-Zahabi menyebut hadis ini dalam Mizan al-I’tidal daripada Ibnu Abbas secara marfu’ iaitu susur galur perawinya sampai kepada Rasulullah SAW. Dalam sanadnya terdapat Musa bin Muhammad bin ‘Ata’. Abu Zur`ah dan Abu Hatim mengatakan: “ Musa bin Muhammad bin ‘Ata’ adalah pendusta.”
  • An-Nasa’i berkata: “ Dia tidak Thiqah.”
  • Ad-Daruqutni berkata: “ Hadis ini Matruk ( ditinggalkan hadisnya ).” Inilah yang dinukilkan oleh Ibnu Taimiyah dalam buku al-Ahadith al-Maudhua’h.

Previous Older Entries

Para Ulama Ahlul Hadits

Biografi Ahlul Hadits, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in beserta Keluarga Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم

Abu Abdillah Riduan Khairi

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam. (Bukhari & Muslim)

Mari baca

Just another WordPress.com weblog

Mohd Riduan Khairi

Serulah manusia ke jalah Allah dengan hikmah dan bijaksana

Mashoori's Blog

Menuju Kegemilangan Melalui Dakwah Salafiah

Dr Fathul Bari

Meniti Jalan Nabi dan Para Sahabat